Mayashanti5282046’s Blog

自我不在,書寫的都是他者及其他

Archive for 2010年11月

Merakam Sejarah Tenggelamnya Sebuah Tamadun Bangsa

Posted by mayashanti5282046 于 十一月 7, 2010

Merakam Sejarah Tenggelamnya Sebuah Tamadun bangsa.

Bangsa Orang Ulu Belaga memiliki sebuah tamadun yang unik dan bersejarah. Sejak ratusan, mungkin malahan ribuan tahun bangsa ini mendiami lembah sungai Balui. iaitu tempat dimana Empangan Bakun dibina. Maka pada tarikh 13.10.2010 yang lalu pemilik dan pemaju empangan Bakun telah mengambil langkah menakungan empangan Bakun sekaligus menenggelamkan sebahagian besat sejarah ketamadunan bangsa Orang Ulu Belaga.

Bukan sahaja sejarah yang tenggelam, malah seluruh masyarakat Orang Ulu yang mendiami lembangan hilir empangan Bakun ketika ini berhadapan masalah pengangkutan berikutan aliran sungai yang semakin perlahan dan cetek. Pihak kerajaan langsung tidak mempertimbangkan apa-apa solution/penyelesaian kepada masalah mereka.

Kerana itu kamera Nikon D3100 diperlukan oleh saya untuk mendekati dan merakam semua peristiwa ini dan seterusnya di tempatkan di blog belagakini untuk dikongsikan dengan khalayak ramai. Gambar yang dirakam dengan kamera berteknologi tinggi akan dapat disimpan untuk masyarakat dan generasi masa depan. Sebenarnya saya bukan sahaja memerlukan kamera nikon sahaja. Sebaliknya saya juga perlukan perakam video dan bantuan kewangan untuk bergerak dalam masa 7 bulan proses penakungan air ini dilakukan.

Saya berharap supaya ada pihak yang sudi membantu, semua sumbangan ikhlas anda akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Jika kita sanggup berbelanja jutaan ringgit membantu tragedi di luar malaysia.Mengapa tidak membantu masyarakat Orang Ulu Bakun.

Hary Wing Miku.
Belagakini.

Sesiapa yang ingin sponsor Wing Miku, boleh hubungi beliau melalui sayugya@yahoo.com

Posted in 馬來西亞原住民 | Leave a Comment »